Monday, September 13, 2010

Suasana Sambutan Hari Raya AidilFitri Di Masjid Raudhatul Mukminin











Alhamdulillah..Sambutan Hari Raya AidilFitri di Masjid Raudhatul Mukminin amat meriah,apabila ramai dikalangan Ahli Kelab Remaja Muslim Selising ( KRM ) menghidupkan malam Hari Raya dengan Takbir dan Tahmid,seterusnya tepat jam 12.00 malam pula Ahli Kelab dan Ahli Jemaah Masjid mendirikan solat Tasbih...Takbir dan Tahmid diteruskan sampai tibanya waktu Subuh.Kemudian Ahli Kelab dan Ahli Jemaah Masjid menunaikan solat subuh berjemaah diimami oleh Ust.Tn.Hj.Saifullah sambil membaca surah Sajdah dan Surah al-Insan..suasana pagi jumaat ( hari raya )amat memilukan hati apabila doa terakhir ramadhan dibaca dengan penuh keinsafan...
tepat jam 8.00 pagi Masjid Raudhatul Mukminin mulai dipenuhi oleh Ahli Jemaah Masjid dan keadaan amat sesak ketika Solat Sunat Hari Raya AidilFitri..Selepas selasai Solat Hari Raya AidilFitri dan mendengar Khutbah Hari Raya..Ahli Kelab dan Ahli Jemaah mula beredar ke Kubur Bukit Jawa untuk menziarahi Ibu Bapa dan sanak saudara,serta ahli keluarga yang telah meninggal sambil membaca Yasin dan tahlil,selesai dikubur kemudian Ahli Kelab dijemput ke rumah Ahli Jemaah Masjid Raudhatul Mukminin untuk menjamu selera kuih muih Hari Raya.

Thursday, September 9, 2010

Kelab Remaja Muslim ( KRM )














Alhamdulillah kini telah genap setahun penubuhan Kelab Remaja Muslim Selising
( KRM ).Kelab ini telah ditubuhkan pada Bulan Ramadhan Tahun lepas,apa yang mengembirakan saya,walaupun umurnya baru setahun jagung namun kelab ini telah berjaya melahirkan beberapa IMAMAH sekaligus menjadi pemimpin pelapis kepada generasi akan datang..sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah diadakan.antaranya Usrah mingguan,latihan Imam,latihan Muazzin,Kuliah Magrib dan Subuh,Program Tafaqquh Fiddin,Qiamullail dan solat berjemaah setiap waktu di masjid Raudhatul Mukminin.
kini masyarakat telah memberikan perhatian kepada Kelab ini dan amat bergembira dengan kejayaan KRM kerana telah melahirkan generasi pelapis kepada Masyarakat setempat dan pelapis kepada perjuangan Islam itu sendiri..Apabila dijemput untuk solat Jenazah ataupun majlis Tahlil maka ahli Kelab akan datang beramai-ramai ke Majlis tersebut.

Antara Aktiviti Kelab Remaja Muslim sepanjag Ramadhan pada tahun ini:

* Mengadakan Gotong Royong membersihkan Masjid Raudhah dan persekitaran masjid

* Mengadakan Latihan Imam dan Bilal

* Mengadakan Usrah dan bacaan Ma'thurat setiap pagi ketika cuti sekolah dan waktu
petang

* Penasihat Kelab dan Pengerusi KRM mengimami Solat terawih manakala AJK kelab
menjadi bilal solat terawih

* Majlis berbuka puasa setiap hari di Masjid Raudhah

* Mengadakan Majlis Iftor Jamaie pada 4.9.2010

* Mengadakan Qiamullail setiap malam Jumaat dan 10 terakhir bulan Ramadhan

Wednesday, September 8, 2010

كل عام وانتم بخير




KAMI AHLI KELAB REMAJA SELISING (KRM)MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KEKHILAFAN KHUSUS KEPADA PENGASAS DAN PENASIHAT KELAB REMAJA MUSLIM USTAZ TN.HJ.SAIFULLAH BIN HJ.HAMZAH SERTA SEMUA AHLI KELAB KRM DAN AHLI JEMAAH DI MASJID RAUDAH AL-MUKMININ SETERUSNYA KEPADA SEMUA YANG MENGENALI.

Ikhlas daripada Mohd Firdaus Pengerusi Kelab Remaja Muslim Selising

كل عام وانتم بخير





BERUNTUNGYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

Setelah berjaya menunaikan Ibadah Puasa Dibulan Ramadhan sebulan dengan penuh keihklasan,ketabahan,kesabaran dan berjaya mengawal kehendak hawa nafsu daripada makan dan minum disiang hari serta dapat mengawal kehendak nafsu syahwat di waktu siang..lalu Allah S.W.T memberikan kepada mereka satu hari yang dikenali dengan Hari Raya Aidil Fitri,iaitu hari untuk bergembira dengan melaungkan Kalimah Takbir dan Tahmid memuji Allah S.W.T.Hari kegembiraan yang dikongsi bersama ahli keluarga,sanak saudara dan saudara seislam setelah berjaya melepasi Ujian Allah S.W.T selama satu bulan di Bulan Ramadhan."Ramadhan..kedatanganmu ditunggu-tunggu dan disambut dengan deraian air mata kegembiraan manakala pemergianmu diiringi dengan air mata kesedihan,entah tahun-tahun yang mendatang kita masih sempat atau tidak bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini "

Thursday, September 2, 2010

Ibadah Puasa Adalah Rukun Islam Yang KeEmpat Dalam Islam

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan satu Fardhu yang perlu dilaksanakan ke atas setiap hamba Allah yang beriman kerana ia merupakan antara perkara pokok dalam Islam sebagaimana Sabda Nabi S.A.W :
(بنى الأسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدارسول الله وتقيم الصلوة وتؤتى الزكوة
وتصوم رمضان وتحج البيت من استطاع سبيلا )

beruntunglah orang-orang yang beriman,apabila mereka menyempurnakan segala rukun dalam Islam serta menyempurnakan segala rukun Iman yang enam perkara itu..kerana ketika itu barulah mereka akan termasuk dalam golongan Muslim yang Mukmin.Kalau kita lihat kesemua ayat Allah S.W.T didalam al-Quran yang menyatakan bahawa Syurga itu adalah untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
sebagaimana Allah S.W.T nyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 25 yang bermaksud

Khabarkan berita gembira ini wahai Muhammad kepada orang-orang yang beriman dan bermal soleh bahawa mereka akan memperolehi Syurga yang mana dibawahnya terdapat sungai-sungai yang mengalir.

dalam surah al-Asr juga Allah bersumpah dengan masa " Demi Masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,orang-orang yang sentiasa berpesan-pesan perkara kebenaran dan orang-orang yang sentiasa berpesan-pesan tentang kesabaran.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah..

Disini kita boleh takrifkan perkataan "ءامنوا " adalah orang-orang yang sempurna kesemua rukun iman,dan iman ini adalah berkaitan dengan aqidah iaitu pegangan,kepercayaan serta keyakinan ( Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah ) dan perkataan "وعملواالصالحات " adalah orang-orang yang sempurna kesemua rukun Islam,dan rukun Islam ini perlu dibuktikan melalui amalan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Islam contohnya Syahadah ia perlu dilafazkan malalui mulut,solat lima waktu sehari semalam perlu dilakukan dengan perbuatan,zakat perlu dikeluarkan juga melalui perbuatan,Ibadah Puasa juga perlu dibuktikan dengan perbuatan,Ibadah Haji juga perlu dilakukan melalui perbuatan.

Muslimin dan Muslimat Sekalian..

Ini memberikan gambaran yang jelas kepada kita bahawa Ibadah puasa dibulan Ramadhan bukanlah satu pesta makanan untuk kita bersuka ria,bukanlah satu budaya yang digembar gemburkan dengan pelbagai nyayian serta lakonan,tetapi ia adalah satu rukun yang perlu disempurnakan oleh setiap hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.apa yang menyedihkan sekarang ini kita lihat ibadah puasa seolah-olah satu budaya bagi Kebanyakan Umat Islam di Malaysia.Ramai muda- mudi yang tidak pernah solatpun mereka berpuasa,ramai yang solat setahun sekali,sebulan sekali,seminggu sekali,kadang-kandang atau jarang-jarangpun mereka menunaikan ibadah puasa,perempuan yang berpakaian macam telanjangpun mereka berpuasa..apa yang mereka dapat dari ibadah puasa kalau ibadah solat yang merupakan tiang agama mereka tidak laksanakan.mereka hanya memperolehi lapar dan dahaga semata-mata.

Muslimin dan Muslimat sekalian..

Solat lima waktu sehari semalam adalah Ibadah Teras dalam Islam,dan ia perlu dilakukan walau dalam keadaan apa jua sekalipun selagi mempunyai akal yang waras dan ia tidak boleh ditinggalkan kecuali bagi perempuan yang uzur syarie.sedangkan Ibadah Puasa boleh ditinggalkan ketika bermusafir,ibu yang menyusukan anak,ibu yang melahirkan anak,sakit tenat dan sebagainya dan ia boleh di Qada' atau boleh membayar fidyah manakala solat tidak ada rukhsah sebagaimana ibadah puasa.

Muslimin dan Muslimat sekalian..

Jadi amat jelaslah kepada kita bahawa Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan bukanlah suatu pesta makanan,nyayian atau lakonan tetapi ia adalah suatu tuntutan Allah S.W.T terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.Orang-orang yang tidak sempurna Iman dan Islamnya jangan mengharapkan untuk mendapatkan segala ganjaran Allah di Bulan Ramadhan ini bahkan mereka juga sudah pasti tidak akan mendapat ganjaran Lailatul Qadar.Mereka hanya memperolehi lapar dan dahaga semata-mata.