Thursday, September 2, 2010

Ibadah Puasa Adalah Rukun Islam Yang KeEmpat Dalam Islam

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan satu Fardhu yang perlu dilaksanakan ke atas setiap hamba Allah yang beriman kerana ia merupakan antara perkara pokok dalam Islam sebagaimana Sabda Nabi S.A.W :
(بنى الأسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدارسول الله وتقيم الصلوة وتؤتى الزكوة
وتصوم رمضان وتحج البيت من استطاع سبيلا )

beruntunglah orang-orang yang beriman,apabila mereka menyempurnakan segala rukun dalam Islam serta menyempurnakan segala rukun Iman yang enam perkara itu..kerana ketika itu barulah mereka akan termasuk dalam golongan Muslim yang Mukmin.Kalau kita lihat kesemua ayat Allah S.W.T didalam al-Quran yang menyatakan bahawa Syurga itu adalah untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
sebagaimana Allah S.W.T nyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 25 yang bermaksud

Khabarkan berita gembira ini wahai Muhammad kepada orang-orang yang beriman dan bermal soleh bahawa mereka akan memperolehi Syurga yang mana dibawahnya terdapat sungai-sungai yang mengalir.

dalam surah al-Asr juga Allah bersumpah dengan masa " Demi Masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,orang-orang yang sentiasa berpesan-pesan perkara kebenaran dan orang-orang yang sentiasa berpesan-pesan tentang kesabaran.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah..

Disini kita boleh takrifkan perkataan "ءامنوا " adalah orang-orang yang sempurna kesemua rukun iman,dan iman ini adalah berkaitan dengan aqidah iaitu pegangan,kepercayaan serta keyakinan ( Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah ) dan perkataan "وعملواالصالحات " adalah orang-orang yang sempurna kesemua rukun Islam,dan rukun Islam ini perlu dibuktikan melalui amalan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Islam contohnya Syahadah ia perlu dilafazkan malalui mulut,solat lima waktu sehari semalam perlu dilakukan dengan perbuatan,zakat perlu dikeluarkan juga melalui perbuatan,Ibadah Puasa juga perlu dibuktikan dengan perbuatan,Ibadah Haji juga perlu dilakukan melalui perbuatan.

Muslimin dan Muslimat Sekalian..

Ini memberikan gambaran yang jelas kepada kita bahawa Ibadah puasa dibulan Ramadhan bukanlah satu pesta makanan untuk kita bersuka ria,bukanlah satu budaya yang digembar gemburkan dengan pelbagai nyayian serta lakonan,tetapi ia adalah satu rukun yang perlu disempurnakan oleh setiap hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.apa yang menyedihkan sekarang ini kita lihat ibadah puasa seolah-olah satu budaya bagi Kebanyakan Umat Islam di Malaysia.Ramai muda- mudi yang tidak pernah solatpun mereka berpuasa,ramai yang solat setahun sekali,sebulan sekali,seminggu sekali,kadang-kandang atau jarang-jarangpun mereka menunaikan ibadah puasa,perempuan yang berpakaian macam telanjangpun mereka berpuasa..apa yang mereka dapat dari ibadah puasa kalau ibadah solat yang merupakan tiang agama mereka tidak laksanakan.mereka hanya memperolehi lapar dan dahaga semata-mata.

Muslimin dan Muslimat sekalian..

Solat lima waktu sehari semalam adalah Ibadah Teras dalam Islam,dan ia perlu dilakukan walau dalam keadaan apa jua sekalipun selagi mempunyai akal yang waras dan ia tidak boleh ditinggalkan kecuali bagi perempuan yang uzur syarie.sedangkan Ibadah Puasa boleh ditinggalkan ketika bermusafir,ibu yang menyusukan anak,ibu yang melahirkan anak,sakit tenat dan sebagainya dan ia boleh di Qada' atau boleh membayar fidyah manakala solat tidak ada rukhsah sebagaimana ibadah puasa.

Muslimin dan Muslimat sekalian..

Jadi amat jelaslah kepada kita bahawa Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan bukanlah suatu pesta makanan,nyayian atau lakonan tetapi ia adalah suatu tuntutan Allah S.W.T terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.Orang-orang yang tidak sempurna Iman dan Islamnya jangan mengharapkan untuk mendapatkan segala ganjaran Allah di Bulan Ramadhan ini bahkan mereka juga sudah pasti tidak akan mendapat ganjaran Lailatul Qadar.Mereka hanya memperolehi lapar dan dahaga semata-mata.

No comments:

Post a Comment